Friday, September 28, 2012

::. untuk kau yang menangis

Jika benar dia mahu bersama sehingga hujung nyawa, pasti akan diusahakan sehingga bersama. Tapi jika sebaliknya, pasti dari awal lagi sudah mudah mengenal erti mengalah sebelum mencuba.

Bagi aku mudah sahaja, dia tidak merasakan kau yang terbaik untuknya. Dia merasakan pasti ada yang lebih berbaloi untuk dinanti untuk sehidup semati. Dan kerana itu, perpisahan ini hanyalah sebagai satu penanda untuk kau memperbaiki diri sendiri, bukan untuk kau menangisi diri sendiri.

Dia mensia-siakan kau kerana dia tidak mahukan kau. Noktah.

Maka, wahai gadis, sila sedar dan berhentilah menangis.

3 comments:

nhdaughter said...

yup,aku setuju..

ghost said...

biar menangis sekali namun akan senyum berkali-kali.

ஜ miss klanika ஜ said...

setuju . buat apa perlu ada tangisan percuma