Thursday, April 28, 2011

# words and scars




















Just digest it.

# banyak cakap banyak dosa

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya, dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya." (Riwayat Abu Naim)

Wednesday, April 27, 2011

# langit kelam

Mendongak ke langit yang kelam tiada sudah bintang itu, mendongak ke langit menanti siang keluarlah sang matahari aku setia menunggu.
#bintang itu ada, tidak kelihatan tapi dapat dirasa.

Tuesday, April 26, 2011

# sakit tak rasa

Setajam mana pisau itu, sedalam mana lukanya, aku pasti tidak merasa.
#jika kau di depan mata.

Monday, April 25, 2011

# a friend

A friend leaves once she get a boyfriend, only bestfriend will stay.
A friend leaves once he get a girlfriend, only true friend will not.

Sunday, April 24, 2011

# nikmat dicari

dalam mata dan minda dibuka
kita lantang bersuara
umat dunia kononnya
kita ada sedar
tapi kita di bawah sedar
mencalit diri palitan sehalus zarah noda
tiap inci yang datang
hakikatnya ada bagaikan hilang
lupa pada nikmat terbilang
sedang yang lain meratap sakit
memegang perut terpirit-pirit
hanya lidah mampu menggigit
tatapan sayu pada yang senang
dengan wajah kosong, gersang
dahagakan nikmat tak kunjung datang
#tulisan my sis, satu masa dulu.
*tidak lengkap. tersimpan di kotak memori sejak kecil lagi, maksud yang wajar dihadam.

Saturday, April 23, 2011

# hukum alam

Hukum alam yang teratur menandakan ada penjaganya. Tiada yang terjadi sendiri. Umpama TV yang siap terbina sendiri tanpa ada pembuat, tentu aneh sekali.
#tulisan AkuMuzikFilem

Thursday, April 21, 2011

# harapan

Saya cuma gadis yang mengharapkan kemenangan Arsenal hari ini serta kekalahan MU tidak lama lagi.
#sedang busy urus masa depan. maaf.

Tuesday, April 19, 2011

# not being in control

Not being in control can be the most beautiful thing in the world, but it can also be the most stupid thing in the world.
#bila kena pada orang yang salah.

Monday, April 18, 2011

# cinta dara teruna

Kata dara, pencinta yang baik mampu mengorbankan bola demi kekasihnya.
Kata teruna, pencinta yang baik mampu memahami bola sebagai keperluan kekasihnya.
*kata ska, semalam liv-ars,1-1 draw.

Sunday, April 17, 2011

# kawan

Kawan ni macam kekasih. Sekali-sekala perlu juga dimanja.
#Dear bloger, anda perlu luangkan masa juga untuk kawan di luar maya~

Saturday, April 16, 2011

# serabai semberono

budakanugerahlangit ; yang serabai itu seni, yang semberono itu menentang, yang tersusun elok itu biasanya tipu dan hipokrit, lagi skema & poyo.
#tulisan abg dakwatbasah lagi.
*walaupun beliau kejam, tapi kata-kata beliau sentiasa memaku minda.
**minggu yang terlalu sibuk dan stressful. asyik credit orang ja. =="

# pemikir

Seorang pemikir adalah seorang yang sangat bijaksana, dan kerana itu seorang pemikir juga mampu menjadi seorang yang sangat bahaya.
*ska bukan pemikir yang bijaksana, tapi terkadang di sisi gelap ini ligat sahaja kepala berputar, apatah lagi pemikir sebenar.

Friday, April 15, 2011

# tanpa identiti

sapa yg add, tanpa identiti ; terlalu lah poyo. wahai budak kecik, ko terlalu byk menonton hagemaru ni. bertaubatlah, sekali sekala tontonlah ninja boy atau fukuchan.
#tulisan abg dakwatbasah
*beliau cukup mengenali ska, yet masih tidak approve ska di mukabuku. faham kenapa? dan sebenarnya entah mengapa ska amat segan dengan kekantoian dengan beliau di semesta ini. mungkin kerana beliau bukan sekadar blogger tetapi penulis. yang penting beliau sudah pandai bermain nuffnang. boleh lah beliau belikan peti sejuk hadiah di kenduri nasi minyak nanti.

# dendam putus cinta

Balas dendam dengan jadi yang terbaik dan buat dia menyesal kerana meninggalkan kau, bukan buat dia simpati dengan kau yang menjahanamkan diri sendiri.

# si manja yg bongsu

Seorang anak bongsu dewasa perlu sedar diri bahawa dia tidak selamanya akan dimanjakan.
*cadangan ska, maka hanya jatuh hatilah pada anak pertama, kedua atau ketiga.

Thursday, April 14, 2011

# syukur

Apabila syukur diletakkan ketepi, kedengaranlah suara-suara homosapien mengeluh tidak berhenti.

# korban

Hari ini dia yang mengorbankan aku sebagai teman demi seorang gadis telah dikorbankan oleh gadis itu demi kekasih baru.
#roda sedang berputar.

# mimpi

Tak kira betapa indah mimpi, suatu masa nanti kita akan terjaga juga.

Wednesday, April 13, 2011

# damn fact bout engineer

Okay. Kontroversi entri fun facts about engineer. Its part 1. Read all if you want to know more. Wait for part 3 4 5. Wait till i come out with the entry "why you should date an engineer.".

Ask will ya? Don't just put a conclusion on it.

*Pernah bermasam muka doesnt mean that i will always find a way to hurt ya. ska sensitif, sensitif dengan bodoh tak sama.
**A lil too busy. Test, assigment, coming exam. Sorry.

# misteri

Salahkah jika ska kata, blog skandal ini telah melahirkan beberapa lagi blog misteri? =="
*Terima kasih untuk semua penulis yang pernah menulis mengenai semesta ska ini, bermula dengan ghost writer. Juga yang terbuka kotak idea untuk memulakan perjalanan baru setelah menjejakkan jari jemari ke semesta kecil ska ini.

Tuesday, April 12, 2011

Friday, April 8, 2011

# fun facts about engineer 1

  1. No matter how hard girl cries and how loud she yells, he just sits there calmly discussing her emotion in terms of mathematical logic.
  2. Engineer touches his car more than his girl.
  3. Engineers know how to build sports car and jet fighter but they don’t even know how to build relationship with a girl.
  4. Engineers like to solve problems. If there are no problems handily available, they will create their own problems.
  5. Engineer knows that nothing's ever built to last, but that doesn't mean it's not worth building.
#tulisan abang Fared Isa
*one of my fav blogs. he often write about politics and current issues, less craps.

Thursday, April 7, 2011

# debu

Secebis debu halus yang dipijak-pijak usah dipandang hina kerana ia bisa terbang dan menyakiti mata.
*ada sedikit masa percuma malam ini tapi sayang broadband mula bertukar warna. maaf.
tunggu ska bayar bb baru jenguk semula ya? >.<"

# kosong itu satu nombor

Jika mahu jadi kosong, jadilah kosong di sebelah kanan.
*Letih. I need fresh air, or time for a movie atleast?

Wednesday, April 6, 2011

# manusia

Jangan menjadi manusia yang lembap tapi jadilah manusia yang digoreng garing.

Tuesday, April 5, 2011

# kata-kata

Dalam mata karbon diatur geraknya oleh tulang dan sendi yang memegang erat sebatang pensel bertulis 2B di tepi, minda berlari-lari memusing ceritera kisah lampau, ada yang menggeletek menghilai tawa dan ada pula yang mencucuk-cucuk sehingga perit rasanya. Ada juga yang sekadar angin lalu yang tiada memberi kesan baik di luar mahupun di dalam.

Aliran darah dalam kepala semakin deras rasanya saat larian tiba pada memori yang mencucuk-cucuk itu tadi. Sakit, perit malah membuatkan jantung berdetak laju luar daripada biasa. Kemudian dihela nafas dalam-dalam, ditahan dan dihembus perlahan. Dihela lagi dalam-dalam, ditahan lagi dan dihembus perlahan sehinggalah detakan jantung mencecah normal dewasa.

Luka, pastinya menyakitkan. Tapi sebenarnya luka itu bukan terbatas pada peninggalan pengalaman yang menitiskan air mata. Tapi luka itu juga boleh jadi dek kerana dihiris ayat kata penuh makna.

Maknanya jika tidak mahu terluka luarnya usah berani bermain dengan pisau. Dan jika tidak mahu terluka dalamnya usah pula bermain dengan kata-kata.

Lidah itu tajam seperti pedang, ukiran huruf hasil mata pena pun mampu meninggalkan kesan mendalam.

Menulislah bagi yang berani. Membacalah bagi yang cekal hati.

*sengaja. ska tak rasa pembaca skandal gemar membaca tulisan panjang-panjang begini ;)
**disalin dan ditampal dari teratak lama.

# putus

Putus itu perit.
Dan barangkali putus itu adalah untuk bertemu yang ada hari ini.
#ilham tulisan AJ Nismihan

Monday, April 4, 2011

# tiada tajuk

Bila kau berkawan semata-mata untuk bercinta. Bila kau berkenalan niat dah menyimpang 360 degree sana. Bila kau tak dapat itu semua, mula lah kau canang cerita. Mula lah yang jadi bahan cerita tu nama buruk kemain kau reka.
#tak sakit hati, sekadar bermuram durja.

# ilmu dan amal

Mata terbuka, buat-buat buta?
Telinga ada mendengar, sengaja dipekakkan sahaja?
Bibir mampu mengatur kata, mana kata ingatannya?
Ilmu itu ada, mana pula amalnya?

# teratak hitam merah lama















Kerja abang dakwatbasah. Geram betul bila ditambah spiderweb tu. Thanks to him. Sekurang-kurangnya ada rasa untuk menjenguk semula.
*Sedang menyiapkan assignment. Akan update selepas kelas.

Sunday, April 3, 2011

# anugerah

Dalam indah mengarang kata, dalam jutaan ringgit di depan mata, dalam lunak lontaran suara, semuanya perlu berbalik kepada Dia.
#Menulis juga memerlukan kekuatan, dan semoga Dia memberi kekuatan untuk terus meniup nyawa di sana.

# matahari

sering saja aku bising berkata matahari itu perit panasnya. sering saja aku merungut saat sang matahari terlindung menyorokkan cahayanya. namun matahari jugalah yang aku harap akan aku jumpa sedetik ku buka mata.
#ilham buat alang

# damping penulis

Aku tidak akan mahu berdamping dengan seorang penulis.
Kerana pabila rapat dia akan melekat.
Pabila jauh dia akan merajuk.
Walhal pasti ada sebab untuk mendekat dan menjauh.
Dan barangkali dia yang memilih arahnya.
Juga kerana impaknya masih sama.
Mencari subjek cerita penulisan.
Apa yang membezakan hanya mood dan jalan cerita.
*tapi apabila ditabur baris ayat cinta hati kau juga yang berbunga, ska!

# penulis sama penulis

penulis sama penulis, bertindih pensel bergelut kata.

Saturday, April 2, 2011

# wangian busuk mulut

dalam busuk-busuk mulut yg berkata, kata-katanya pasti ada wangiannya juga.
*senyum*
#ilham tulisan AJ Nismihan

Friday, April 1, 2011

# rehat










Izin aku jadi pembaca hari ini.
Meninggalkan komen, mahupun secara senyap.
Membiarkan sisi penulis ini berehat.
Sekejap.
*Sekejap sahaja lagi.