Friday, March 25, 2011

# lost in guilty pleasure

sorry all.
this is the end.



cz she leaves only scars and bruises.
hug and kisses. ska.

Friday, March 18, 2011

# 100th puzzle








teach me how to write a happy song.
tell me the the magic of love.
happy 100th entry.

:)

# jealousy

Jealousy is wishing that you were like another person or wishing that you had what another person has. Better to ask for attention than hurting others to compete.

# menerima

Masa mahu letak lagu di skandal, dalam hati fikir suka hati lah kalau orang tak suka. Tapi bila sudah letak ni, ramai pula tanya lagu siapa. Yuna-Penakut. Serba kena dengan nama blog juga situasi empunya blog.

Esok mungkin akan tukar lagu baru. HEROICZero dalam gurauannya kata tak mahu kawan lagi. darl Catherine pula cadang letak lagu gamelan kesukaannya.

Pendeknya di sini, jiwa manusia berbeza, tapi indahnya bila saling menerima.
#abang-abang, khutbah tadi tentang apa? ;)

# keras kepala

Dua tiga hari ini asyik menjadi gadis manja bagai minta dipujuk. Esok jadi gadis keras kepala tak makan dek pujuk semula.

# rungsing semalam

Orang, kalau dah jiwa dirundung resah dan gelisah, hati tak dapat senada dengan irama rasa yang tenteram, maka minda boleh saja bercelaru dalam menafsir kata-kata. maka, keluar saja rungsing beliau dalam kata di blog-nya. Lagi banyak update, maknanya lagi banyak risau. Makanya kita, kawan2 beliau perlu bersimpati sama. (AJ)
#komen Frodo Baggins di entri twitter

Semalam, dalam satu minit ska update 3 entri. Entri tanpa isi. Jari mengetuk keyboard tanpa sempat menanti kepala merancang kata. Semalam, jujur jiwa memang resah, di tangan ada telefon yang menerima sms ringkas menakutkan, dan di hadapan ada blog skandal pusat sampah kata untuk diluah. Dan akhirnya terjadinya update gila begitu. Cuma, terima kasih buat yang mengambil cakna, tidak perlu bertanya kemana pergi anon yang sebelum ini pantang melihat entri sakit jiwa, pasti ada kata azimat ditinggalkan. Pasti ada juga yang meninggalkan link klip video buat memujuk hati yang rungsing. Dan ska sendiri tidak perlu bertanya, pastinya mereka hilang, hilang kerana tidak mendapat apa yang diharapkan dari aku, ska. Dan sepatutnya ska menjadi anon sepenuhnya, bukan separa anon memperkenalkan diri buat mereka yang dianggap kawan. Kerana itu terkadang benar rasa mahu hilang, hilang tanpa membuka empayar baru..

Thursday, March 17, 2011

# bebel

nanti skandal tutup padan muka tak boleh bebel-bebel lagi.

# twitter

yang kau buat skandal ni banyak-banyak post sekali macam twitter kenapa ska?? gila. ~sigh.

# tiap satu

nak tulis banyak-banyak tiap minit satu entry.

# what need to be done

anger is a feeling mad.
but sometimes it make a person do what need to be done.

guilt is the feeling of having done something wrong.
but sometimes it make a person do what need to be done.

frustration is feeling uptight and discouraged.
but sometimes it make a person do what need to be done.

defeat is feeling losing, failing or being beaten.
but sometimes it make a person do what need to be done.
#i am frustated.
temankan ska lihat bulan dengan ring di luar di langit.

# hidup tapi mati

Tok tok tok. Pintu dikuak perlahan. Bunga segera masuk tanpa perlu dijemput. Duduk di atas tilam empuk bercadarkan latar kuning berbunga merah menawan. Ada teddy bear bewarna pink muda seakan tersenyum sayu. Tersadai di ceruk ruang, menanti dipungut dan dipeluk erat seperti dulu.

Bunga menghampiri gadis bertubuh kecil yang sedang berbaring mengiring. Menguatkan hati cuba menghadiahkan senyuman terindah kelas pertama. Senyumnya kembali tawar, seperti bulan-bulan yang lalu, masih tidak berbalas. Senyuman gadis itu benar-benar mati agaknya sejak menerima mesej putus suatu ketika dahulu.

Berjalan langkah kecil-kecil menuju ke tingkap ruang bilik yang terisi tapi seakan kosong itu. Menyelak langsir. Memandang ke luar, melihat rumput yang masih basah. Menghadap langit, memandang kesemua tujuh warna indah.

Bunga segera mengambil sehelai kertas nipis bewarna buruk dan sebatang pen biru yang sedia ada di atas meja. Menulis sebaris dua dan melangkah keluar dengan alis mata yang sudah comot dek butiran mutiara yang mengalir tanpa bertanya.

Nota buat Nur,
lihat ke luar, ada pelangi tujuh warna semuanya.
lihat ke luar, semua girang menanti senja.
lihat dirimu, hidup tapi tak bernyawa?

#entri ulangan dari teratak lama.
memujuk hati sendiri, dan hati kamu juga.

# luka warna

sakit itu terus mengukir perjalanan dengan harapan ada pari-pari yang akan turun untuk mewarnai setiap celahan ukiran luka itu.
#luka yang memanggil bahagia. mungkinkah ada?

# jatuh

jatuh kali pertama. bangun. jatuh untuk kali kedua. bangun walau parah. jatuh untuk ketiga kalinya. terduduk. dan terus berdarah.
#dan kerana itu ada dua, hilang percaya.
atau akan terus memegang tangan mana-mana yang cuba membaluti lukanya.

Wednesday, March 16, 2011

# sempurna

seorang yang tidak sempurna pernah menjadikan seorang gadis hampir sempurna kerana dia meletakkan gadis tersebut untuk menyempurnakannya.

# kredit

"I hereby declare that this piece of work is my own except for the sayings and summary, each which I have explained its sources."

Dalam menulis saya tidak begitu memahami kepentingan untuk kredit saya tetapi saya lebih tidak memahami jika ada penulis yang mengaku tulisan itu adalah penulisannya. Diam-diam sudah.

# time

a second, a minute, an hour, a day goes by,
im hoping just to be by your side.
#ketawa berguling-guling bila semua ucap tahniah buat 'abang' ska.
kalau abang betul tak perlu ska minta awan hantar pesanan, terus peluk dan cium saja.
err.. biasalah adik manja :p

# tahniah
















tahniah atas segulung ijazah..
setaman bunga matahari buat abang..
#harap awan bawa pergi pesanan ini.

# pintu hati

saat kita menutup pintu hati, saat itulah hati diuji dengan kehadiran insan lain yang cuba mengetuk untuk masuk, dan saat itu lah biasanya kita tersilap langkah.
#ilham perbualan bersama darl rin catherine

# piring hitam

biarkan piring hitam itu terus berputar menyanyikan lagu, sampai masa ia akan terhenti sendiri..

Tuesday, March 15, 2011

# putus cinta

Bila kau putus cinta, dan kau rasa perlukan orang, dan ada orang seolah menghulur tangan dia, kau rasa nak pegang saja. Walaupun salah.
#tulisan luna.
sumpah. itulah yang sedang dirasa.
*ape kes kau ni ska, dan-dan nak tutup blog terus malas kait bahasa sendiri, asyik hadam orang punya. >.<"

# bukan soal garis meriden

usah minta mentari panjangkan hari,
usah minta rembulan lambatkan malam,
usah minta bintang terus bersinar,
usah.

dan biarkan bumi berputar seperti biasa.
#dicilok dari fz
faizal zol hanya menulis entri kontot-kontot.
jarang update mahupun blogwalk.
tahu?

Monday, March 14, 2011

# kotak memori

kotak memori padat dengan cerita, tapi yang timbul hanya tentang dia.
#mahu menamatkan semua, mungkin akan menamatkan hayat skandal juga.

# lunch

hari ini sepanjang berada di dapur menyediakan juadah tengah hari, ska menyanyi lagu ini:

kubino kebe kubano kunobiko.
yang mano tuno awe, awe. 2x
honki honki, honki rio,
rio jambe, hambe rio. 2x
#mari makan :D

# lain

lain orang lain caranya. lain layanan lain rasanya. lain cara lain hasilnya.

Sunday, March 13, 2011

# takdir

Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh menghalang, namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti tidak akan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman.
*jemput ke YourWorldOfText milik ska. Link di Planet di kiri.

# perjalanan

perjalanan menuju ke satu lokasi dirasakan lebih jauh berbanding perjalanan pulang. namun perjalanan untuk mengembalikan satu perhubungan kepada asal adalah lebih sukar berbanding memulakannya.

# parah

usah berharap pada pemilik hati yang parah. kerana mereka tenat dan benar tidak berdaya.
#kau nanti yang akan terluka.

# goodgirl

good girl don't talk to werewolves.
#got a message from an unknown number, "boleh berkenalan?".
malangnya ska seorang yang malas melayan.

Saturday, March 12, 2011

# menangis lagi

usai perbualan di telefon. "ska, aku terkejut tadi dengar kau menangis. tapi, kau menangis sangat comel.".

menangis dikata comel. sudah bagaimana?
#april. tidak menangis lagi. tersedu cuma.
harap esok awan menahan hujan, matahari pula menyambut dengan senyuman.

# manja tapi ..

kata seorang sahabat perempuan, "ska, kau manja tapi ganas."
#ketawa. dua sikap berbeza satu masa. akhirnya celaru sendiri.

# ke langit














di bawah langit yang semakin gelap. di rumah idaman.
berdiri. di penjuru kaki. terjun.
#untuk kembali ke langit

Friday, March 11, 2011

# pulang




















abang, bawalah ska pulang~

# skandal

mencari skandal baru. mahu coba? tinggalkan link FB anda . kita bisa mula beramah mesra.

*senyum manis bukan senyum menggoda*

# menangis

aku tak suka dimarahi orang yang aku sayang. kerana itu akan buat aku menangis.

# luka yang menulis

luka yang menggerakkan jalan cerita hingga sakitnya yang membaca turut menusuk ke pangkal nyawa.
#ilham dari tulisan april

*tersenyum pagi ini melihat AkuMuzikFilem bermarathon di skandal :)

Thursday, March 10, 2011

# hebat

adalah hebat bila orang baran tak mudah marah. tapi bila tak mudah marah bukan baran namanya.

# mr. hyde

kau pernah sayang aku bila kau merapati aku, dan kau mula membenci aku bila kau menjauhi aku. kerana manusia lebih mudah melihat hyde berbanding jekyll nya.

pengakhirannya masih begitu.

Wednesday, March 9, 2011

# kisah silam

lupusnya plot cerita masih tidak mampu menghilangnya sakit yang terbekas.

# luka tak nampak

hati berdarah lihat luaran masakan nak nampak. seluk rasa dengan perasaan paling halus baru dapat rasa apa mereka rasa. baru dapat selami mana sakit mereka. sekadar memandang sekilas usah terus pantas menghukum mereka. usah rasa kau raja usah rasa kau faham semua.

# lupa kata

Perkara yang paling mudah lelaki lupa adalah perkara yang paling mudah lelaki cakap.

Tuesday, March 8, 2011

# mati

mati itu tidak menyeru nama terlebih dahulu. hadirnya tiba2. dan kerana tiba2, bakal menjadikan aku mati dalam penyesalan yang menyesakkan.
#ilham dari tulisan si para-para

# hilang kata

hilang kata. masih terkejut memikir dari mana datangnya pembaca skandal semuanya muncul secara tiba-tiba.
#mengarang kata.akan update petang nanti.

Monday, March 7, 2011

Sunday, March 6, 2011

# perasan

saya akan lebih berhati-hati dalam menitik kata dengan seorang lelaki, kerana mereka ada penyakit mudah perasan yang kita sukakan dia.
#tolonglah.

# 'kawan'

*beep beep*

Satu pesanan ringkas diterima. "Aku dapat cerita kau burukkan dia depan blogger lain." Laknat. Manusia mana yang reka cerita ni. Belum hadam makna, sudah canai sini sana.

Perlahan meletakkan telefon bimbit di tepi, mencapai kopi di penjuru meja lalu mencium harumnya kopi yang sungguh menawan. Dihirup sedikit, pahit, tapi tetap ditelan.

Kawan. Begitu jugalah. Seperti kopi. Dihadapan harumnya mengasyikkan. Tapi rasanya berbeza. Ada yang pahit tak tertahan, ada yang lazat sesuai dengan harumnya kopi itu.

Manusia. Usah bertindak seperti iblis, yang berbisikkan kejahatan, dalam berpura melakukan kebaikan, demi mencari teman untuk bermain di kawah akhirat nanti.

Ceritera yang kau karang, disulam pula dengan manik-manik hitam, bakal membunuh persahabatan aku.

"Sabda rasulullah SAW : Sejahat-jahat manusia di hari kiamat ialah orang yang datang kepada mereka dengan satu wajah dan pada mereka yang lain dengan wajah yang lain. Barangsiapa yang bermuka-muka di dunia, maka pada hari kiamat nanti dia akan mempunyai dua lidah dari api neraka."

Entri begini tempatnya bukan di skandal, tapi ska belum punya ruang untuk menumpang. Skala panjangnya melebihi had. Bakal disaman.

# sorok-sorok

blogger hari ini, suka main sorok-sorok.

# past and future

"aku syak kau suka orang lain. **ang mungkin. tiap hari aku buka fb kau, twitter, blog skandal. aku ni stalker, please hate me, cos im really annoying."

kenangan lalu dan impian orang baru sukar diserasikan.
maka di sini, satu cuma.. terima kasih untuk itu.

hari ini kau akan pulang. harap kau tak komen tentang ini di alam luar maya. kerana aku penakut orangnya.

Saturday, March 5, 2011

# pendam

jari mengetuk keyboard. laju. memang lama sudah memendam rasa yang terpendam. jika tidak memendam masakan ia terpendam. tapi kerana terus mahu memendam lalu segalanya dipadam.

ctrl+A delete.

# goodbye

im running out of words to say.
how bad i feel.
how sad and real.
when someone says goodbye.
and im not prepared to cry.

cause you're not coming back to me.

# mengata

mengata orang. kemudian melakukan perkara yang sama. dunia ini bukan kita punya. jadi usah gemar menghukum tanpa meletakkan diri di kasut mereka.

Friday, March 4, 2011

# ayat Dia

"Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu, dan bintang-bintang dikendalikan dengan perintahNya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi yang mengerti." (Surah An-Nahl Ayat Ke-12)

# luka mana

masuk kanan keluar kiri.
ludah sana ludah sini.
beza air dengan api.
rezeki haram menjilat jari.
#luka mana

Thursday, March 3, 2011

# extra

extra hot with extra ginger.
i need it. now.
#perempuan mungkin tahu apa itu.

Wednesday, March 2, 2011

# cinta?

cinta yang mahu dibalas cinta.

setia yang mahu dibalas setia.

tapi si setia yang benci pada si dia kerana tidak dibalas setia.

itu cinta?


*maaf. aku bingung.

# utama

kejar dulu mana perlu. capai dulu mana dekat.

Tuesday, March 1, 2011

# si dia

mengayat sana, mengayat sini. rindu sana. rindu sini. dear sana. dear sini. sayang sana, sayang sini.
usah mengharap 'si dia' setia, jika 'si dia' kamu bukan seorang sahaja.
# itu namanya skandal.

# pantun cinta

indah corak bunga kerawang,
hasil tenunan si dara sunti,
semakin hari semakin sayang,
usah curiga cinta di hati.