Sunday, March 6, 2011

# 'kawan'

*beep beep*

Satu pesanan ringkas diterima. "Aku dapat cerita kau burukkan dia depan blogger lain." Laknat. Manusia mana yang reka cerita ni. Belum hadam makna, sudah canai sini sana.

Perlahan meletakkan telefon bimbit di tepi, mencapai kopi di penjuru meja lalu mencium harumnya kopi yang sungguh menawan. Dihirup sedikit, pahit, tapi tetap ditelan.

Kawan. Begitu jugalah. Seperti kopi. Dihadapan harumnya mengasyikkan. Tapi rasanya berbeza. Ada yang pahit tak tertahan, ada yang lazat sesuai dengan harumnya kopi itu.

Manusia. Usah bertindak seperti iblis, yang berbisikkan kejahatan, dalam berpura melakukan kebaikan, demi mencari teman untuk bermain di kawah akhirat nanti.

Ceritera yang kau karang, disulam pula dengan manik-manik hitam, bakal membunuh persahabatan aku.

"Sabda rasulullah SAW : Sejahat-jahat manusia di hari kiamat ialah orang yang datang kepada mereka dengan satu wajah dan pada mereka yang lain dengan wajah yang lain. Barangsiapa yang bermuka-muka di dunia, maka pada hari kiamat nanti dia akan mempunyai dua lidah dari api neraka."

Entri begini tempatnya bukan di skandal, tapi ska belum punya ruang untuk menumpang. Skala panjangnya melebihi had. Bakal disaman.

21 comments:

JIJI YU said...

wohoho tetibe entry skandal panjang..hehe..aku tak tau la plak pehal ramai awek kat blog aku..ehehe..

skandaLdariLangit said...

JIJI :
tu lah. tak suka. sebenarnya masih ada stok entry panjang2 =="

tempat entri panjang bukan di sini. harap tak kekal begini.

awek ramai. isk.

ghost writer said...

tapi penjelasan tuh rasanya memang patut di sini...hanya empunya diri yang sesuai menjelaskannya.

sekali sekala entry panjang tak jadi hal kan...hihi.

M. Faiz Syahmi said...

entri makin lama makin panjang.
bahasa kau boleh tahan indah.
tapi aku belum sempat hadam semua.
nantilah.

ecah mashuri said...

erk.lebih panjang lebih lepas rindu.:)

Dark Half said...

panjangnya entry kali ni..
blog tu suatu terapi. luahkan je kalau ada yg terpendam

kawan dan sahabat amat berlainan. aku ramai kawan tapi sahabat hanya boleh dibilang dgn jari. kwn boleh tikam belakang sedangkan musuh adalah manusia yg paling banyak memberi pengajaran utk diri aku sendiri

skandaLdariLangit said...

ghost writer :
hal yg besar bagi ska. huhu


m. faiz syahmi :
tahu =="
bahasa biasa2, belum mampu berdiri setanding kamu.


echah :
aihh.. rindu2 pulak budak ni. nah kiss satu dari dia. muah! :)


dark half :
tak mahu cemari dengan rasa yg terlalu banyak.

betul. dan ska mungkin tersalah sangka kawan sebagai sahabat. lukanya pedih.

KHRLHSYM said...

wah panjangnya, tapi sedap dibaca, sungguh indah.

kawan sebenar ialah kawan yang tikam depan bukan tikam belakang.

skandaLdariLangit said...

khrlhsym :
mula rindu untuk menaip panjang. rindu dengan blog lama. sungguh.

haha. betul. bak kata mereka, yg tikam belakang tu kejam. yg ya semua tu buat cium bontot saja. kata mereka.

Sca Ndx said...

dua tiga kata tak cukup kan?

kawan betul2 stand bila kita susah, senang.

payah jumpa

Panah Beracun said...

aku cukup bencikan pengkhianatan!

Encik Psychopath said...

persetankan saje.

KHRLHSYM said...

hidupkan blog lama kembali, :) dalam hati kan mahu?

skandaLdariLangit said...

sca ndx :
betul. dan kali ini disungkurkan mereka yg berlagak sebagai kawan.


anah beracun :
apatah lagi yg merasa~


en. psychopath :
ckp mudah lepuk karang akmal ni. isk


khrlhsym :
dalam satu mahu, seribu dalam kepala kata jangan~

TheRebelKid said...

aku pernah ada kawan yang harum macam kopi.

sialan!

skandaLdariLangit said...

@TheRebelKid/PrmpnDkwtMrh
memang nak kena sumpah dia tu.

BonekadalamChermin said...

beb


aku percaya
setiap org yg berjaya
pasti ada musuh yg memuja!




life's like that


.

M. Faiz Syahmi said...

ceh

si para para said...

panjang lagi baik.bimbang orang tersalah maksud. tapi pendek itu lebih baik.bagi yang tahu maksud.

AkuMuzikFilem said...

"Belum hadam makna, sudah canai sini sana.". like

skandaLdariLangit said...

@BonekadalamChermin
pusing2 begitulah~

@M. Faiz Syahmi
hehe

@si para para
harapnya dapat pendekkan dengan semua memahami

@AkuMuzikFilem
klik like. hehe