Friday, September 28, 2012

::. untuk kau yang menangis

Jika benar dia mahu bersama sehingga hujung nyawa, pasti akan diusahakan sehingga bersama. Tapi jika sebaliknya, pasti dari awal lagi sudah mudah mengenal erti mengalah sebelum mencuba.

Bagi aku mudah sahaja, dia tidak merasakan kau yang terbaik untuknya. Dia merasakan pasti ada yang lebih berbaloi untuk dinanti untuk sehidup semati. Dan kerana itu, perpisahan ini hanyalah sebagai satu penanda untuk kau memperbaiki diri sendiri, bukan untuk kau menangisi diri sendiri.

Dia mensia-siakan kau kerana dia tidak mahukan kau. Noktah.

Maka, wahai gadis, sila sedar dan berhentilah menangis.

Monday, September 17, 2012

::. mata pena

Mata pena setajam pedang. Ketukan keyboard juga mampu melukakan.

Jika tidak mampu menulis dengan kewarasan akal, usah menulis. Jika tidak mahu terluka dengan tajamnya pedang, usah membaca.

Saturday, September 8, 2012

::. bukan lagi

Aku bukan lagi gadis dari kelab jiwa terobek.
tapi aku sudah pun bangun dan menjadi hantu, bersedia mengejutkan kamu dari tidurmu.

Wednesday, September 5, 2012

::. long distance relationship

Long distance relationship (LDR) is only for the tough: those who can turn the hurt of missing each other into a sweet feeling. 

Long distance relationship teaches you the sweetness of missing each other. As much as missing each other is sweet, it hurts too in distance.
 ::. Terfaktab

Sunday, September 2, 2012

::. cikgu vs engineer


"Besar nanti saya nak jadi engineer, cikgu."

Siapa yang melahirkan siapa?

Apapun, saya tidak pernah mengkritik mana-mana kerjaya, jadi sekurang-kurangnya tolong fahami kerjaya saya.