Monday, August 15, 2011

# cinta pertama

Cinta pertama. Bicaranya sudah buat kepala bengang. Kisah semalam yang menutup cerita. Kisah semalam yang pertama bikin hati jadi berbunga. Kisah semalam yang membuatkan hati beku saat berbicara tentang takdir seadanya. Kisah pertama yang meninggalkan jutaan rasa yang bercampur ibarat ribena bercampur teh bunga dengan nescafe buat penambah rasa.

Kisah cinta pertama. Pada mereka yang bercinta monyet beruk mahupun serigala, seringkali menjeling sahaja pada mereka yang jatuh tak bangun lagi dek bahana cinta pertama. Bodoh, kata mereka. Kumbang jantan bukan seekor, pupusnya belum risaunya mengapa? Bunga indah bukan sekuntum, layu satu berpuluh spesis masih ada. Namun, bagi mereka yang membuka hati buat arjuna pertama kalinya terus  nawaitu sahaja aku bercinta untuk berumahtangga, bila putus lebur besi panasnya tak terasa sakit lagi parah di jiwa.

Hubungan. Saat tiada bergelodak rasa mahu dipeluk cium gadis yang dirasa cinta. Ditabur janji sehidup semati, dipanah hati si gadis dengan kata-kata cinta lunak bahasa. Bila tiba saat ada, terbuka mata seluasnya mencari tingkah yang salah. Dilontar suara tinggi bergema melepas amarah. 

Lagu cinta lama bermain di dalam kepala. Indah, asyik. Seasyik air mata yang deras mengalir tanpa dipinta. Mengimbau saat indah yang sementara. Mengenang dia yang masih.. Masih dicinta seadanya...


#Sebenarnya, ska sudah mula menutup papan markah lama. Meletakkan diri dalam kantung rasa yang pahit mengizinkan jemari ini mengetuk keyboard. Rasa tenang dan gembira merencatkan pertumbuhan idea. Pelik bukan. Sememangnya ska mula menulis kerana duka..

21 comments:

~Kenanga Suchi~ said...

emm...
cemana ni...
cinta pertama sudah dilupa...
cinta ke2 yg di mimpi2...
cinta ke3 dilepaskan pergi...

parah~

shizuka said...

bagi yang pernah kecewa kali pertama.kecewa yg kedua,yg ketiga sudah tidak seberapa sakit dan perit.

jangan takut untuk kecewa,kerana ia sebenanrya banyak mematangkan kita.

God puts people in your life for a reason, and removes them from your life for a better reason...:)

M a W a D D a H said...

ska...i luv u...jgn berduka lagi...kesat air matamu...nah eskrem...:)

James Alexander said...

don't worry or sad... coz you are never alone...

conceal the wound... be strong...
at least it can reduce the pain... even just for a while..

Amna.Qadeeja said...

cinta pertama dan kedua dah lama berlalu pergi.

dan cinta ketiga ini dicurah selagi mampu. tapi ianya seakan menemui titik noktah.

dan saya juga menulis ini kerana duka. ;(

Bukan Malaikat said...

Cinta pertama.
Punah, aku pencela.

Cinta kedua.
Indah, aku dicela.

RastaMat said...

ye, puas bila dapat menulis di ruangan ini..

JIJI YU said...

aku lagi sakit itu hari

master said...

nak cakap pasal hati ni mmg tak habis.
tp best perasaan bila dgr lagu yg punya sejarah tsirat dgn cinta dlu.
perasaan tu sakit tp indah.

intan.maisarah said...

cinta pertama itu indah
kerana itu mengajar kita erti cinta

sara ,
masih berharap pada cinta pertama
yang semakin pudar rasanya
setiap hari

nursakinah said...

Ingat lah bahawa allah ada^^
Dia sentiasa bersam kita!

lavender harum wangi said...

err, cinta tu macam mana?
dah lupa apa itu cinta .
kalau skandal-skandal ni,
saya tau la sikit-sikit~
*berlalu mencari makna cinta*

hanaahmad said...

kisah cinta pertama yang mendukakan sememangnya membuahkan penulisan yang cukup syahdu. dari situ kita berkongsi rasa dan segala.

aleen aiden said...

yg pertama tetap akan d ingat segala kisah suka dukanya.kesan itu tetap ada.

HEROICzero said...

mungkin ini rasa 'dia' .

Ah biarkan .

the damage has been done .


biarkan , biarkan .

ghost writer said...

biar apapun yang jadi,ia tetap cinta pertama.

~M!sS rARa~ said...

sememangnya cinta pertama susah utk dilupakan.

menulis dpt kurangkan rasa duka. :)
senyum2 selalu ska ^^

si para para said...

ska..kuat ye....
nanti akan tiba hari yang indah buat ska...

PENCONTENG said...

sambil2 baca entri ni aku playing lagu Zain Bikha

When you feel all alone in this world and there's nobody to count your tears, just remember no matter where you are, Allahknows

moga ketemu cinta sejati :)

Anonymous said...

humaira poyo

Anonymous said...

hai humairah. :)