Tuesday, April 5, 2011

# kata-kata

Dalam mata karbon diatur geraknya oleh tulang dan sendi yang memegang erat sebatang pensel bertulis 2B di tepi, minda berlari-lari memusing ceritera kisah lampau, ada yang menggeletek menghilai tawa dan ada pula yang mencucuk-cucuk sehingga perit rasanya. Ada juga yang sekadar angin lalu yang tiada memberi kesan baik di luar mahupun di dalam.

Aliran darah dalam kepala semakin deras rasanya saat larian tiba pada memori yang mencucuk-cucuk itu tadi. Sakit, perit malah membuatkan jantung berdetak laju luar daripada biasa. Kemudian dihela nafas dalam-dalam, ditahan dan dihembus perlahan. Dihela lagi dalam-dalam, ditahan lagi dan dihembus perlahan sehinggalah detakan jantung mencecah normal dewasa.

Luka, pastinya menyakitkan. Tapi sebenarnya luka itu bukan terbatas pada peninggalan pengalaman yang menitiskan air mata. Tapi luka itu juga boleh jadi dek kerana dihiris ayat kata penuh makna.

Maknanya jika tidak mahu terluka luarnya usah berani bermain dengan pisau. Dan jika tidak mahu terluka dalamnya usah pula bermain dengan kata-kata.

Lidah itu tajam seperti pedang, ukiran huruf hasil mata pena pun mampu meninggalkan kesan mendalam.

Menulislah bagi yang berani. Membacalah bagi yang cekal hati.

*sengaja. ska tak rasa pembaca skandal gemar membaca tulisan panjang-panjang begini ;)
**disalin dan ditampal dari teratak lama.

15 comments:

beautiful_rose said...

siapa kata tak ada yang suka membaca ayat y panjang2 begini?









aku ada akukan gila pada bahan bacaan.kalau tidak,mustahil aku boleh menghabiskan duit setiap bulan semata2 utk membeli bahan bacaan saja. =)

RepublicAku said...

tulis ikut seiklas hati...

Mutiara Bernilai said...

..dan hati mutiara masih cekal untuk membaca entri ini..

^__^

suka paragraph 3 dari atas..

~M!sS rARa~ said...

luka luar senang diubati tapi luka dalam..peritnya entah bila akan hilang.

e. indah said...

aku masih suka membaca tulisan ska, biar sepatah atau berpatah patah kata ... : )


kata kata yang terluah boleh jadi seindah indahnya rasa, tapi kata kata juga boleh mematikan rasa sekelip cuma ...

ghost writer said...

yang menulis harus lebih berterus terang untuk membuatkan pembaca lebih terbuka..

tapi setengahnya harus tau menjaga hati..

si para para said...

panjang dan pendek hanya ukuran..yang penting apa yang ingin di sampaikan.. maksud dan makna itu penting. err betul tak ni ska?


menghiris dan di hiris.. sama sama sakit sebenarnya..

Alt F4 said...

tulisan pendek biar berisi.
tulisan panjang juga biar berisi.

sayang ska.

Bidadari Syurga said...

semoga lidahku selalu bernyanyi untukNYA moga-moga luka tu sembuh dan rapi bila aku pulang kembali padaNYA.

HEROICzero said...

Hai maCy. =)

*ape tengok2 ska? sibuk jek.

gedek! said...

Panjang atau pendek....

asal kan isinya sampai....

betol ska?


:)

Pistachio said...

gua masih sudi membaca.. maaf jarang ada di sini..

capaikan awan untuk gua di langit rendah mu..!

adan said...

tak kisah panjang ke pendek ke.. janji penulis kreatif.. sama la seperti tuan blog ni..

buat aku berfikir maksud di sebalik ayat..

Sasa Al-Sharif said...

lidahku lembut dan seksi. aku boleh jelir dan tunjuk kesahihan kataku. hehe

intan.maisarah said...

demi sayangku

ku sanggup baca sepanjang mana kamu tulis sayang