Sunday, April 3, 2011

# damping penulis

Aku tidak akan mahu berdamping dengan seorang penulis.
Kerana pabila rapat dia akan melekat.
Pabila jauh dia akan merajuk.
Walhal pasti ada sebab untuk mendekat dan menjauh.
Dan barangkali dia yang memilih arahnya.
Juga kerana impaknya masih sama.
Mencari subjek cerita penulisan.
Apa yang membezakan hanya mood dan jalan cerita.
*tapi apabila ditabur baris ayat cinta hati kau juga yang berbunga, ska!

16 comments:

intan.maisarah said...

"Kerana pabila rapat dia akan melekat.
Pabila jauh dia akan merajuk."



terasa..


merajuk balik

skandaLdariLangit said...

sara, ahah. gigit kang awek ni! ;)

asip محمد said...

mungkin gua agak penulis ada dimensi lain yg dicipta sendiri.. sama macam buku.. kita seolah-olah berada di dimensi lain bila membaca.. begitu hebat erti sebiji huruf kan?

Dark Half said...

keh3. aku suka komen asip. yaa..sebiji huruf boleh dimanipulate menjadi bermacam2 kisah bergantung pada emosi dan pemikiran penulis

RepublicAku said...

jika rapat dan melekat...rakyat malaysia akan bertambah lagi.

april said...

penulis.
some of them ada kuasa sakti
memanipulate minda yang lain
hanya dengan kata-kata.
jika kamu bertuah,
kamu akan jadi inspirasi tulisannya.
atau mungkin kamu akan jadi semacam objek legap di mindanya - yang halang ideanya dari terus berkembang.

tapi selalunya mereka yang sakti menulis sulit difahami.satu makhluk yang aneh.

KHRLHSYM said...

kadangkala seakan nampak seperti berdamping walhal damping itu hanya kata. kata itu permainan minda. minda pula tidak boleh dipermainankan kata.

JIJI YU said...

kalo aku majok ko nak pujok

adan said...

penulis yang best bergantung pada kehebatannya mengolah cerita.. bab lekat melekat ni.. no komen.. lalala

Dark Half said...

yg sulit difahami tentu saja ghost writer, frodo dan khrlhsym

penulisan mereka sgt meniup minda (baca:mind blowing..keh3)

kalau penulis perempuan, tentu saja april. direct tapi sangat asyikkk

intan.maisarah said...

takpujukpun, :(

BonekadalamChermin said...

penulis punya pemikiran yg kritis






jurang antara penulis biasa biasa
dengan penulis yg hebat hebat ialah :

KEKREATIFAN MEMANIPULASI IDEA DAN JUGA BAWAAN CERITA YG PUNYA GAYA SEPERTI NAK LEPAS TAPI SEBENARNYA MENANGKAP.


hah.

Raji and Yeen said...

Macy nih blog baru kau eh?
dri arituh ak crik..
arituh tersalah URL lak
hohoho

theRandomcraps said...

dalam maksud.
nice one.

ghost writer said...

aduh...

:)

si para para said...

penulis dan tulisannya punyai cerita yang berbeza..
adakala tulisannya lebih manis dari hidup penulis itu sendiri..

yang pahit sama sama di telan..