Friday, March 18, 2011

# rungsing semalam

Orang, kalau dah jiwa dirundung resah dan gelisah, hati tak dapat senada dengan irama rasa yang tenteram, maka minda boleh saja bercelaru dalam menafsir kata-kata. maka, keluar saja rungsing beliau dalam kata di blog-nya. Lagi banyak update, maknanya lagi banyak risau. Makanya kita, kawan2 beliau perlu bersimpati sama. (AJ)
#komen Frodo Baggins di entri twitter

Semalam, dalam satu minit ska update 3 entri. Entri tanpa isi. Jari mengetuk keyboard tanpa sempat menanti kepala merancang kata. Semalam, jujur jiwa memang resah, di tangan ada telefon yang menerima sms ringkas menakutkan, dan di hadapan ada blog skandal pusat sampah kata untuk diluah. Dan akhirnya terjadinya update gila begitu. Cuma, terima kasih buat yang mengambil cakna, tidak perlu bertanya kemana pergi anon yang sebelum ini pantang melihat entri sakit jiwa, pasti ada kata azimat ditinggalkan. Pasti ada juga yang meninggalkan link klip video buat memujuk hati yang rungsing. Dan ska sendiri tidak perlu bertanya, pastinya mereka hilang, hilang kerana tidak mendapat apa yang diharapkan dari aku, ska. Dan sepatutnya ska menjadi anon sepenuhnya, bukan separa anon memperkenalkan diri buat mereka yang dianggap kawan. Kerana itu terkadang benar rasa mahu hilang, hilang tanpa membuka empayar baru..

12 comments:

JIJI YU said...

nak pergi mane ska..nnti aku tinggal terkontang kanting sorang diri laks..

beautiful_rose said...

menzahirkan rasa melalui tulisan....
kdg2 itu lebih baik kan?

Frodo Baggins said...

patah sayap bertongkat paruh patah paruh bertyongkat siku patah siku bertongkat dagu patah dagu bertongkat kuku ...

sudah cuba semua ska? atau baru separuh? atau belum mencuba langsung?

sabar

>>_____<<

skandaLdariLangit said...

@JIJI YU
haha. ramai ag ji~ :)

@beautiful_rose
sakitkan mata snediri je kan. kui3

@Frodo Baggins
mahu cuba. sudah cuba. lupa cuba.

si para para said...

"semangatku takkan luntur"

skandaLdariLangit said...

@si para para
*senyum*

HEROICzero said...

AJ!

mana beliau uh.

>__________<

intan.maisarah said...

awak nak gula gula kapas?

*hulur*

skandaLdariLangit said...

@HEROICzero
AJ tu sape?

@intan.maisarah
saye nak cdbury. kee

april said...

komen frodo.
cantik.
:)

Sca Ndx said...

he? lepas je semua sini

KHRLHSYM said...

jangan berlari lagi, penat kejar tahu? hihi