Saturday, October 20, 2012

::. be grateful

"To all those broken or hopeless, I have learned this: Be grateful for every single person who was part of your story. The ones that hurt you. The ones that helped you. The ones that came, and the ones that left. They all taught you. Don’t think for a moment that any of it was random. There are no oversights with God. Only perfectly crafted chapters in each unique journey."
::. Yasmin Mogahed

Saturday, October 13, 2012

::. perbezaan

Berlari-lari mengejar merah trafik. Itu pejalan kaki.
Bergegas-gegas mengejar hijau trafik. Itu pemandu kereta.

Barangkali atas sesuatu yang sama, manusia punya keperluan berbeza.


Friday, October 12, 2012

::. hairan

Aku hairan melihat manusia yang sombong, sedangkan dia hanya terbentuk dari setitis mani cuma.
Aku hairan melihat manusia yang bongkak, sedangkan dengan sombong pahala amalannya tidak membengkak.
Aku hairan melihat manusia yang menyebar cerita, sedangkan dia lupa kesalahannya dalam berkata-kata.
Aku hairan melihat manusia yang alpa, tapi aku sedar manusia adalah manusia.

Dan manusia itu barangkali aku, dan manusia lain bisa hairan dengan aku juga.

Thursday, October 4, 2012

::. wajah tampan

Wajah Tampan Yang Sia-Sia Tanpa Keimanan
 
Wajah Tampan? 
Sia-sia jika kelak dilaknat Tuhan, 
Sia-sia jika hari-harinya tanpa amalan, 
Sia-sia jika tak ada Al Qur’an yang lekat dalam ingatan, 
Sia-sia jika tidak memburu keredhaan, 
Sia-sia jika hanya melakukan kesia-siaan, 
Sia-sia jika hatinya dikotori kebanggaan, 
Sia-sia jika tiada kehormatan,
Sia-sia jika matanya masih liar tak juga mampu tundukkan pandangan.

::. FB Bercinta Selepas Nikah

Same goes to wajah cantik.... Kan?