Bila mana kejadian tidak seperti yang diharapkan
Pada siapa harus dipersalahkan?
Bila mana keputusan peperiksaan yang tidak seperti dijangka
Salah soalan yang sukar kah, atau salah kita yang kurang bersedia?
Begitu juga dalam hubungan
Andai berlaku kegagalan, usah dituding salah hanya pada pihak sebelah
Tapi jangan pula melemparkan semua salah pada diri sendiri
Kerana hakikatnya masing-masing perlu ambil peduli
Hubungan tak semestinya hubungan cinta bergariskan cinta adam dan hawa
Barangkali cinta sesama sahabat, juga keduanya manusia
Mungkin ada pihak yang diberatkan sehingga mengguris rasa
Sehingga menggugat hubungan keduanya
Begitu jugalah dengan hubungan dengan Tuhan
Bila masa sampai saat nyawa ditarik nanti
Andai kiri yang berat timbangan, salah Tuhankah yang tidak memberi amaran?
Atau salah kita yang tidak punya pendirian?
Di dalam syurga berjanji mahu setia pada agama
Tapi dipertengahan asyik sekali mengejar dunia
Aku bukan sempurna
Bukan juga mengejar sempurna
Tapi sempurnakan ketidaksempurnaan aku agar aku tak terus terjelepuk ke tanah
Sempurnakan aku agar tak selamanya berteman dosa
Bantu aku untuk kembali ke tanah nanti dengan izin untuk mencium bau syurga
4 comments:
ya,carilah mereka yang boleh menarik tangan mu ke arah itu,
salam kenal (:
Saling mengingati supaya tak terleka. :)
perihal hubungan dengan Tuhan... belum terlambat untuk memperbaikinya selagi ada nyawa dikandung badan.
deep. very deep.
Post a Comment