Ruang putih ini tidak selebar ruang teratak merah Aku, Kau & Mereka dahulu kala. Tapi moga dalam sedikit, masih tersampai ke hati para manusia yang sudi membaca.
Buat yang sudi menaip kata nasihat di laman muka buku, baguslah begitu. Namun, perhatikan pula pada gambar yang tersiar. Misalnya, perihal aurat, dan menayangkan gambar wanita tidak menutup aurat sempurna hanya dengan menghitamkan matanya. Mengaibkan, sungguh. Walau di muka buku, walau di ruang alam maya blog, atau di mana sahaja, ingatlah, dalam kita membuka aib manusia di dunia, Allah mampu mengaibkan kita berjuta kali ganda, di akhirat mahupun di dunia juga.
Matlamat, tidak sesekali menghalalkan cara.
1 comment:
ya,manusia,semakin dilarang semakin galak melakukan,sadis.umphhh,
Post a Comment