semalam
aku temui satu kapal terbang kertas
renyuk kelihatannya
kubuka renyukan perlahan
ada tulisan yang hampir padam
kubaca sepatah kata
ah, kisah semalam
kurenyukkan semula
kuhampar sekeping kertas baru
putih warnanya
ku ukir tulisan dengan pena mata biru
kulipat kemas membentuk kapal terbang kertas baru
pantas aku berlari ke tingkat tinggi
membiarkan lelah
dan aku berdiri
lalu melancarkan kapal terbang kertas itu
dengan satu harapan kabur
tapi aku pasti, itu yang aku mahu
dan pasti, itu yang terbaik buatku
12 comments:
sayang
nota baru dengan harapan.
moga terus terbang harapan bersama kapal terbang kertas.
positif!
yakin!
terbang...
hurmm..oo wt blog baru tak gitau aii ye..sampai ati..ehehe
harapan,impian terbang melayang bersama kertas dgn 1000 harapan....
membuka lembaran baru,dengan harapan sejarah tetap kaku d ctu.jgn berganjak.kerana pedihnye sejarah itu mungkin bukan kepalang.
tak reti aku berkata macam kau dengan kawan2 kau. haha. new blog eh? good luck, am sure that you'll enjoy it.
kertas baru, orang sama, tapi cara lain. baru 'baru'. hee. x)
tak reti aku berkata macam kau dengan kawan2 kau. haha. new blog eh? good luck, am sure that you'll enjoy it.
kertas baru, orang sama, tapi cara lain. baru 'baru'. hee. x)
biarkan ia terbang
mencari destinasi baru...
hurmm..oo wt blog baru tak gitau aii ye..sampai ati..ehehe
copy jiji je sebab nak cakap bende same gak..haha
Post a Comment