Monday, February 28, 2011

# saya

saya gadis sedikit gempal dan rendah. cuma tidak hitam sahaja. sudikah berkawan dengan saya?

Sunday, February 27, 2011

# ketenangan dan kebahagiaan

ketenangan dan kebahagiaan itu adalah hembusan dari langit diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman.

Saturday, February 26, 2011

# ujian

pensel bertukar kepada braille. barangkali ujian kita belum sehebat mereka.

Friday, February 25, 2011

# adam hawa

Perempuan seringkali dikata kerana tidak tahu memasak.
Lelaki tidak tahu menjadi imam jarang dipersoalkan.
# mari saling melengkapi.

# bintang kecil

Aku bintang kecil antara satu dalam beribu tapi mungkinkah sang matahari mampu melihat aku lebih dari bintang kecil lain yang seribu lagi?

# mesej

ini bukan semesta untuk membongkarkan hal peribadi. cuma ingin berkongsi. mesej dia semalam, "jangan buat benda yang sama pada orang lain.. biar abang je buat, ska jangan!"
# diajar jangan melukai orang lain oleh dia yang melukai hati.

# jatuh cinta lagi

suka dengan komen e.indah pada entri lepas.
perempuan. jika sekali hatinya terjatuh cinta, maka seluruh hatinya utk cinta ...tapi sekali dikhianati cintanya, dia akan terus2an rela bercinta dicinta tanpa cinta.

cuba bercinta untuk melupakan cinta tanpa cinta.

Thursday, February 24, 2011

# jatuh cinta

untuk jatuh cinta dengan hawa yang setia, cuma perlu berikan dia sedikit ruang untuk melupakan kisah lama, dan dia akan setia kepada kamu juga.
tapi jika mahu segera, carilah dia yang hatinya masih belum pernah tertaut kepada sesiapa. atau, carilah dia yang bertukar pasangan ibarat bersalin pakaian.

# kejam 2

dunia ajar mereka jadi kejam. tak mahu terluka, usah bercinta.

# kejam

dunia ajar aku jadi kejam. dalam aku sentiasa curah kasih sayang.

Wednesday, February 23, 2011

# bersalah

kebaikan yang kamu lakukan biarpun sebesar zarah, membuahkan sejuta rasa bersalah. sungguh. aku tidak mampu membalas dengan jiwa.

# benci

berkata benarlah. usah sekadar mengambil hati kerana kebenaran itu tak akan berubah walau sedalam mana ia menghiris.

# mata pusing masa

putaran masa yang memusingkan mata.

Tuesday, February 22, 2011

# sakit

sakit itu menduga. sakit itu dugaan. dugaan itu menyakitkan. sakit itu menduga kesabaran.

# perasan perasaan

terkadang hati manusia sukar dijangka, terperasan dengan perasaan yang tiada apa-apa.

# reveal

kenapa mendedahkan identiti diri jika sebenarnya tidak mahu?
kerana aku menyayangi mereka lebih dari diri aku.
dan sebenarnya kerana aku tidak mempu menampung beban rajuk mereka yang menangisi kehilangan aku awalnya.
# cukup sampai sini. nama aku ska. satu hari aku akan kembali kepada yang lama. hanya jika perlu.

Monday, February 21, 2011

# cinta mati

setiap yang hidup pasti mati. tetapi tidak ada kubur yang memisahkan cinta yang mati mahupun cinta yang hidup.

# life as we know it

Hati yang terluka umpama besi yang bengkok, walau diketuk sukar kembali ke bentuk asal. Ia sebuah liku perjalanan, permainan kehidupan dan sebuah kisah untuk diceritakan. Cinta akan datang dan pergi. Kedatangan di nanti dan pemergiannya dirindui. Persahabatan pula kekal sehingga mati, yang dituntut sekelumit kesetiaan, yang datang segenggam pengkhianatan.

Sunday, February 20, 2011

# seribu satu kali

seribu satu kali mereka memujuk, tidak sekali aku terpujuk.

# man and kill

No man can kill you. But i am no man.

# benci anon

kau mula buat aku benci pada anon. kau calitkan arang pada semua anon yang ada. kau mula buat aku rasa tak mahu menjadi satu antara kau semua. 'rumah' yakni medium hitam putih hebat yang kau cipta, bukan untuk manusia macam kau yang tidak mahu tengok cermin dan menerima pandangan yang lain. pada cermin yang retak itu ada kau yang beribu. dan kau menyalahkan aku hanya kerana aku mencari kau yang satu.
# kau bukan lagi orang langit yang aku cari.
# aku bukan adik kau lagi.
# referring to unknown blogger. not dat anon.

# rise and rise

Rise and rise. Until lambs become lions. [Robin Hood, 2010]

Saturday, February 19, 2011

Friday, February 18, 2011

# mimpi

termimpi dia. nafas bagai tersekat di kerongkong.

# life

Life is not about yourself but it involves people around you.
Family, friends, lovers, and even stalkers.

# genggam

peganglah tanganku, nescaya akan aku genggam hingga ke hujung dunia.

Thursday, February 17, 2011

# jatuh bangun

indahnya jika berpeluang melihat masa depan. tapi pastinya tidak merasa peritnya jatuh dan nikmatnya bangun kembali.

# tidur

tidur itu mati sementara. tidur itu untuk menjana tenaga untuk hidup.
#tidur untuk jam ketiga dalam jangka masa hampir 48 jam. akhirnya.

Wednesday, February 16, 2011

# panah mata

dalam kaki melangkah, mata sempat menanam panah.
panah yang tertanam bisa merenjat hati yang tertusuk.
cinta pandang pertama?
#kerana itu rendahkanlah pandanganmu

# semalam

kisah semalam membuka mata. kisah semalam menutup cerita.

# yang terpilih

aku boleh jadi seorang yang sangat menyenangkan.
hanya bagi yang terpilih.
tetapi aku juga boleh jadi seorang yang sangat memudaratkan diri sendiri.
hanya kerana yang terpilih.
#penghabisan

# hati kental

hati biar kental. jangan mudah mahu mengalah.
hati biar kental. jangan sampai terhentak tergadah.
hati biar kental. jangan sampai dianggap mudah.
hati biar kental. jangan mudah rasa bersalah.

# harapan lagi

harapan untuk dipercayai adalah satu kebodohan melampau.
#mungkin kerana aku tidak dianggap sahabat

Tuesday, February 15, 2011

# ignore

I'm not ignoring you. I'm waiting to see if you would make an effort.

# sayang

sayang itu bukan sekadar dengan kata-kata. tapi adakalanya yang terucap itu memang yang sebenar-benarnya.

# buat baik buat jahat

buat baik berpada-pada. buat jahat jangan sekali.
#dua kali tak apa.

Sunday, February 13, 2011

# rayu

aku tidak semanis mereka untuk merayu sejuta kata, hanya mengalah cara aku untuk meluahkan rasaku yang lebih sejuta.

Saturday, February 12, 2011

# jatuh

jatuh itu menguatkan. jatuh itu menakutkan. namun jatuh untuk sekalian kalinya, mampukah kembali membina kekuatan?

Friday, February 11, 2011