Monday, January 14, 2013

:: perempuan

Perempuan ni hatinya mudah berbunga.
Perempuan ni hatinya mudah terluka.



Sunday, January 6, 2013

::. anak

Saat itu cuaca cerah. Matahari ceria sahaja seakan menemani hatiku yang turut sama ceria berdating bersama ayahanda tercinta.

Bukan kemana-mana, ke pasar besar sahaja. Sampai bila mahu menjadi anak yang sekadar menadah perut untuk diisi sedang ibu dan bapa yang bersusah mencari sesuap nasi, atau sekurangnya mencari beras untuk ditanak menjadi nasi, bukan?

Kerana aku masih mengingati pesanan ringkas itu, "Pasar? Kotor. Geli. Aku biar ibu aku saja yang pergi."

Kudrat tua itu sesekali mahu berehat dan menanti masa untuk dijamu sahaja dengan hasil tangan kita. Kisah ringkas tapi benar.

Jangan malas wahai anak!

Friday, December 28, 2012

::. aku

Bukan aku tidak pandai lagi menulis cerita cinta duka.

Aku cuma telah move on, sepenuhnya.

Saturday, December 22, 2012

::. berani

Orang yang berani meninggalkan solat ialah orang yang berani masuk neraka.

Tuesday, December 4, 2012

::. bakal isteri bakal ummi

.... bersedia untuk jadi sang isteri yang berutung dimiliki, sang ummi yang bertuah dilahiri dan sang jannah kepada setiap mukmin.
:: the wise AJ Nismihan


Thursday, November 22, 2012

::. memori

Apa yang perit ialah memori terlalu indah sedangkan manusia mudah berubah.

Thursday, November 8, 2012

::. niat

Allah, Tuhanku akan sentiasa memberiku sesuai dengan niatku.

Hingga tatkala kudapati ada kekurangan dalam sesuatu, kutahu ada yang salah dalam niatku. 

Saturday, October 20, 2012

::. be grateful

"To all those broken or hopeless, I have learned this: Be grateful for every single person who was part of your story. The ones that hurt you. The ones that helped you. The ones that came, and the ones that left. They all taught you. Don’t think for a moment that any of it was random. There are no oversights with God. Only perfectly crafted chapters in each unique journey."
::. Yasmin Mogahed

Saturday, October 13, 2012

::. perbezaan

Berlari-lari mengejar merah trafik. Itu pejalan kaki.
Bergegas-gegas mengejar hijau trafik. Itu pemandu kereta.

Barangkali atas sesuatu yang sama, manusia punya keperluan berbeza.


Friday, October 12, 2012

::. hairan

Aku hairan melihat manusia yang sombong, sedangkan dia hanya terbentuk dari setitis mani cuma.
Aku hairan melihat manusia yang bongkak, sedangkan dengan sombong pahala amalannya tidak membengkak.
Aku hairan melihat manusia yang menyebar cerita, sedangkan dia lupa kesalahannya dalam berkata-kata.
Aku hairan melihat manusia yang alpa, tapi aku sedar manusia adalah manusia.

Dan manusia itu barangkali aku, dan manusia lain bisa hairan dengan aku juga.