Monday, August 15, 2011

# cinta pertama

Cinta pertama. Bicaranya sudah buat kepala bengang. Kisah semalam yang menutup cerita. Kisah semalam yang pertama bikin hati jadi berbunga. Kisah semalam yang membuatkan hati beku saat berbicara tentang takdir seadanya. Kisah pertama yang meninggalkan jutaan rasa yang bercampur ibarat ribena bercampur teh bunga dengan nescafe buat penambah rasa.

Kisah cinta pertama. Pada mereka yang bercinta monyet beruk mahupun serigala, seringkali menjeling sahaja pada mereka yang jatuh tak bangun lagi dek bahana cinta pertama. Bodoh, kata mereka. Kumbang jantan bukan seekor, pupusnya belum risaunya mengapa? Bunga indah bukan sekuntum, layu satu berpuluh spesis masih ada. Namun, bagi mereka yang membuka hati buat arjuna pertama kalinya terus  nawaitu sahaja aku bercinta untuk berumahtangga, bila putus lebur besi panasnya tak terasa sakit lagi parah di jiwa.

Hubungan. Saat tiada bergelodak rasa mahu dipeluk cium gadis yang dirasa cinta. Ditabur janji sehidup semati, dipanah hati si gadis dengan kata-kata cinta lunak bahasa. Bila tiba saat ada, terbuka mata seluasnya mencari tingkah yang salah. Dilontar suara tinggi bergema melepas amarah. 

Lagu cinta lama bermain di dalam kepala. Indah, asyik. Seasyik air mata yang deras mengalir tanpa dipinta. Mengimbau saat indah yang sementara. Mengenang dia yang masih.. Masih dicinta seadanya...


#Sebenarnya, ska sudah mula menutup papan markah lama. Meletakkan diri dalam kantung rasa yang pahit mengizinkan jemari ini mengetuk keyboard. Rasa tenang dan gembira merencatkan pertumbuhan idea. Pelik bukan. Sememangnya ska mula menulis kerana duka..

Thursday, August 11, 2011

# kuat lemah

aku tidaklah sekuat yang disangka. tapi aku mampu menjadi kuat lebih dari biasa.

#dengan adanya kamu.

Sunday, August 7, 2011

# life

Its normal and healthy for a person to have both ups and down. This is life, aite?

Saturday, August 6, 2011

# penipu

Manusia yang tidak solat itu berani menipu tuhan maka tidak mustahil dia berani menipu manusia.

Wednesday, August 3, 2011

# kisah semalam

Malam itu aku memandang siling. Mencari cicak buat peneman hati lara. Malam itu malam pertama menghabiskan air mata dek kerana seorang lelaki berketinggian 178  dengan berat 72 kg bersusuk sasa seorang atlet yang dicintai aku sebelum sempat aku melihat wajahnya. Lelaki yang meninggalkan aku sendirian tanpa khabar berita berminggu lamanya akhirnya aku yang melafaz kata putus pengakhiran kisah kita. 

Mengimbas petang angin sepoi-sepoi mencetak kembali wajah terkedu kau disaat aku mengucap lafaz selamat tinggal. Mengimbas kembali wajah kau yang terkedu tidak menyangka seorang aku yang setia akhirnya mengambil tindakan yang dirasa drastik tetapi disedari pada layanan kau silapnya.

Mengimbas kembali wajah kau yang aku cintai dan aku nanti 3 tahun lamanya.. Mengimbas kembali wajah kau yang bertukar wanita setiap 3 bulan anggarannya namun setia ini masih ada.. Mengimbas kembali kau yang semalam.. Mengimbas kembali cinta aku pada saat itu.. Membuka mata menghirup udara hari ini. .Lebih segar daripada biasa.. Indah nya luar biasa.. Segalanya kini milik dia...Cinta aku memang bukan milik kau selayaknya..

Tuesday, August 2, 2011

# sahur

Sahur itu sunat, lewatkan sahur itu sunat lagi.
*salam ramadhan semua. semoga berpeluang memanfaatkan ketiadaan syaitan ini sebaiknya. 
**ampun, tersalah tulis lewatkan dgn awalkan tadi xD